TEKNIK TRENDING
Teknik ini sesuai di gunakan pada waktu antara pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Maksud teknik ini ialah buyapabila pasaran menaik dan apabila pasaran menurun. Tetapi set target profit Cuma 5 pips sahaja.
Kelemahan teknik ini ialah anda sentiasa perlu memerhati keadaan pasaran. Ia amat sesuai bagi anda yang bergiat secara sepenuh masa terhadap perniagaan FOREX. Suri rumah atau mereka yang telah berpencen sangat sesuai kerana mereka sentiasa berada di rumah dan boleh memerhatikan keadaan pasaran sepanjang masa.
TEKNIK TRADE DAN TINGGAL
Teknik ini sesuai untuk mreka yang keluar bekerja di waktu pagi dan balik di waktu petang dalamanggaran masa antara 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
Teknik inidijalankan dengan cara BUY dan SELL, pada bilangan posisi yang sama, seperti 3 BUY dan 3 SELL, atau 4 BUY dan 4 SELL. Ingat jangan lebih dari 6 BUY dan 6 SELL.
Setkan target profit Cuma 5 pips sahaja. Selepas selesai set kedudukan BUY dan SELL serta target profit anda boleh tutup laptop dan tinggalkan untuk pergi ke tempat kerja.
Setelah balik petang di rumah barulah anda lihat semula. Pasti kesemua posisi sudah menjadi haijau dan telah tutup dengan untung.
TEKNIK BACK UP BERTERUSAN
Teknik ini sangat penting di amalkan terutama untuk mengimbangi posisi yang masih floating. Floating ialah satu masalah yang sering berlaku dalam trading FOREX. Punca banyak floating adalah kerana target profit yang tinggi, melebihi 5 pips. Apabila target profit yang tinggi tidak tercapai, posisi yang telah di buka akan floating.
Apabila berlaku keadaan floating dalam jangka panjang, anda perlu sentiasa membuat imbangan terhadap posisi yang masih floating. Umpamanya selepas beberapa posisi BUY telah ditutup dengan untung, maka akan tertinggal beberapa posisi SELL yang masih floating.
Dengan itu anda tidak perlu membuka posisi SELL lagi kerana sell masih banyak floating. Tetapi anda harus tumpu pada posisi BUY sahaja. Jika terdapat5 floating SELL anda harus imbangkan dengan 5 posisi baru BUY. Teknik ini dipanggil back up.
Jika keadaan pasaran menurun pasti posisi SELL akan tutup dengan untung. Manakala posisi BUY pula akan floating. Oleh itu jangan buka posisi baru BUY tetapi posisi baru SELL untuk mengimbangi BUY yang masih floating. Begitulah seterusnya sehingga kesemua floating dapat ditutup dengan UNTUNG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan