Khamis, April 15, 2010

Kemahiran Trading Forex

Terdapat 3 kemahiran utama yang mesti di kuasai oleh seseorang trader jika ingin menjadi seorang trader yang berjaya. Pertama menguasai kemahiran membuat ANALISIS ASAS, kedua menguasai kemahiran membuat ANALISIS TEKNIKAL dan ketiga, mengetahui formula MENAHAN ASAKKAN keadaan pasaran yang tidak menentu.

ANALISIS ASAS UNTUK MENENTUKAN TREND PASARAN SEMASA

Analisis asas ialah news atau berita yang mempgaruhi keadaan pasaran keseluruhan. News akan menceritakan keadaan pasaran dalam zon masa tertentu, sama ada trend pasaran menaik atau menurun. News juga akan menentukan berapa lama trend pasaran menurun atau menaik dalam zon masa tertentu.

Terdapat 3 zon masa pasaran FOREX yang utama iaitu pagi, petang an malam. Bagi kita di Malaysia, zon masa pagi bermula sekitar 9.00 hingga 2.00 petang. (10-30 pips, ASIA) Zon petang dari pukul 2.00 petang hingga 8.00 malam (10-70 pips, EROPAH) dan zon malam, 8.00 malam hingga 1.00 pagi. (10-100 pips, EROPAH)

Jika ketiga-tiga zon masa telah di ketahui trend pasarannya, maka seseorang trader lebih mudah membuat keputusan sama ada untuk BUY atau SELL dalam masa zon yang berkenaan. Oleh itu urus niaga dapat dijalankan dengan tenang dan selesa kerana keadaan pasaran telah dijangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan