Khamis, April 15, 2010

Teknik Menghadapi NFP (Non Farm Payroll)

Keadaan ini akan berlaku sebulan sekali spanjang tahun untuk market EUR/USD shaja. Pasaran lain tidak di ketahui. Keadaan ini terjadi apabila berlaku penyelarasan ekonomi baru untuk bulan berkenaan. Keadaan NFP akan berlaku pada awal bulan minggu pertama setiap bulan tepat jam 9.30 malam.

Apabila NFP berlaku pasaran akan naik dan turun terlalu banyak antara 100 – 200 pips dalam masa 1 saat. Tetapi ada kalanya ia Cuma turun sahaja atau naik pada kadar pips yang tinggi. Seperti keadaan yang berlak pada 9 Mac 2007 pukul 9.30 malam, pada jangkaan pasaran USD akan lemah dan akan menyebabkan kenaikan EUR tetapi keadaan berlaku terbalik, iaitu EUR lemah dan terusa turun sehingga 100 pips. Selepas itu ia tidak naik semula. Walaubagaimana pun keadaan seperti ini jarang berlaku. Dalam 5 tahun ia hanya berlaku sekali sahaja. Dalam keadaan biasa ia akan naik dan turun seimbang.

Apabila menjelang NFP trader mempunyai peluang untuk memaksimumkan untung. 30 minit sebelum barlaku NFP seperti yang ditetapkan dalam news anda perlu membuat persediaan sewajarnya. Tujuan anda bersedia adalah untuk mendapat untung lebih berbandingbiasa.

Langkah 1: Tentukan berapa banyak floating BUY atau SELL.
Langkah 2: Imbangkan floating BUY dan SELL supaya sama banyak.
Langkah 3: Set target profit antara 30 – 50 pips untuk satu posisi.

Anda bertindak untuk mmbuat penyelarasan ini selewat-lewatnya 5 minit sebelum NFP beraku. Kemudian jika NFP berlaku dengan pergerakkan perlahan, cepat-cepat tutup posisi yang telah untung. Jika lambat, bimbang akan berlaku sebaliknya.

Dengan NFP semua floating akan tertutup. Dengan itu anda akan memperolehi untung maksimum pada hari berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan