Khamis, April 15, 2010

Jual Beli Mata Wang Asing

Walaupun anda mahir dalam perniagaan tidak kira perniagaan apa pun tapi saya pasti anda tidak tahu cara bagaimana nak menguruskan aset cair anda, impian anda untuk menjadi jutawan tidak akan kemana-mana. Sebagai manusia biasa anda pasti mempunyai hasrat untuk memiliki gaya hidup mewah namun jika tidak dikawal dengan bijak anda terpedaya olehnya

Sebagai permulaan dalam perniagaan jual beli mata wang asing anda tidak perlu modal yang besar cuma sekitar USD 1000.00 sahaja. Ini bersamaan lebih kurang RM 3,500.00
nilai semasa pada masa ini. Sekiranya anda tidak cukup modal USD 500.00 pun sudah
memadai.

Berapa permulaan urus niaga anda dalam bidang ini tidak penting. Perkara yang penting ialah bagaimana nak menguruskan urus niaga anda dengan betul. Perlu ingat modal kecil, perlu buat urus niaga yang kecil, jangan tamak. Dalam urus niaga forex perkara yang tidak di jangkakan akan berlaku. Jadi perlu berhati-hati dalam membuat urus niaga forex ini.

Anda akan diberi satu akaun. Modal anda akan tercatit didalam akaun anda. Keluarkan hanya 50% modal dalam akaun anda untuk buat urus niaga.

Sebagai contoh: USD 100 dalam akaun anda dan anda perlu mengeluarkan USD 50.00 untuk buat urus niaga.(trading)Tips:Gunakan hanya 30% daripada USD 50.00 untuk buat (trading) urus niaga. Modal kecil pun tak apa risikonya sedikit. Gunakan USD 1.00 atau USD5.00 jangan gunakan semua USD 15.00. Manakala USD 50.00 lagi dalam akaun anda sebagai back up untuk menghadapi margin call.

Apa itu margin call.?

Sebuah permintaan dana tambahan untuk didepositkan dalam margin akaun untuk memenuhi syarat margin kerana pergerakan future price yang buruk.

Margin call berlaku apabila urus niaga dalam keadaan kerugian. Modal pusingan tidak cukup untuk buat urus niaga maka anda perlu mengeluarkan sebahagian daripada wang back up anda (USD50.00) untuk menampung kerugian. Sekianya anda takut duit anda habis biarkan saja, rugi tetap rugi. Urusniaga anda akan tutup dengan sendirinya. Buat urus niaga lain, belajar dari kesilapan dan jangan putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan