Khamis, April 15, 2010

Analisis Teknikal Untuk Menentukan Sasaran Untung

Setelah news di ketahui perkara kedua yang harus diberi perhatian ialah berapa banyak untung yang menjadi sasaran pada hari berkenaan. Jika seseorang trader ingin mencapai sasaran untung yang tinggi, trader harus peka pula dengan analisis teknikal.

Dalam analisia teknikal, keadaan pasaran zon pagi selalunya tidak menentu kerana suasana pasaran cepat berubah, kerap turun dan naik. Ketika ini target untung tidak banyak sekitar 5 hingga 10 pips sahaja.

Manakala zon petang keadaan pasaran agak lega. Suasana target untung anda 10 hingga 30 pips. Manakala zon yang paling cergas adalah zon malam iaitu antara 9.00 mlm hingga 1.00 pagi. Sasaran target untung antara 10 hingga 100 pips. Jika news memberangsangkan pada hari berkenaan anda boleh mencapai 500 hingga 1000 pips hanya dalam satu malam.

Jika sasaran untung anda tinggi adalah lebih baik anda buat trading di waktu malam. Jika sasaran untung anda sederhana atau rendah anda boleh buat trading waktu pagi atau petang. Namun yang paling penting ambillah sasaran untung yang selesa, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Kadaan ini akan dapat menentukan anda selesa semasa membuat trading. Malah anda boleh tutup laptop dan boleh buat kerja lain.

Pada masa dahulu, untuk menjadi mahir dalam membuat analisis teknikal ia memerlukan masa yang panjang untuk di[elajari. Anda perlu mempunyai kemahiran khas untukmembuat analisis teknikal jika anda ingin menjadi mahir. Terdapat kursus khas untuk menjadi mahir dan anda perlu mengikutnya selama berbulan-bulan barulah anda mahir.

Namun setelah adanya kemudahan teknologi internet, analisis teknikal menjadi lebih mudah semudah memetik jari anda. Dalam internet banyak software analisis FOREX telah dijual atau boleh disewa. Ia di panggil SOFTWARE INDICATOR.

Software ini beroperasi secara online dari para analisis FOREX profesional. Tugas mereka hanya membuat analisis teknikal sahaja, iaitu berkenaan keadaan pasaran turun dan naik. Jadi sebelum anda membuat keputusan samada BUY atau SELL anda hanya perlu melihat petunjuk yang dikeluarkan oleh software indicator berkenaan. Jika petunjuk pada software berkenaan menunjukkan sesauai untuk BUY anda BUY dan jika SELL anda SELL.

Jadi setelah anda membuat keputusan sama ada BUY atau SELL, langkah seterusnya adalah untuk menentukan berapa TARGET UNTUNG yang anda perlu raih dalam sesi trading berkenaan. Jika trend pasaran dari news adalah menaik atau menurun dalam jangka waktu yang panjang anda boleh letak sasaran untung tinggi sedikit. Tetapi jika trend pasaran dalam news, menyatakan keadaan pasaran tidak meentu, maka ambil target untung sedikit sahaja. Yang penting anda untung dantiada rugi sama sekali. Dengan kata lain anda telahmembuat trading yang selesa dan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan